MENU

JENIS PERMOHONAN YANG DITERIMA MELALUI OSC

OSC akan menerima semua permohonan cadangan pemajuan yang dikemukakan manakala tempoh memproses adalah tertakluk kepada norma masa yang telah ditetapkan bagi setiap proses yang berkenaan. Dengan adanya sistem ini, pemohon boleh memilih untuk mengemukakan permohonan cadangan pemajuan secara serentak, berturutan ataupun mengikut kesesuaian/keselesaan pemohon.  Empat jenis permohonan yang diterima dan diproses melalui Pusat Setempat iaitu:

 

BIL

JENIS PERMOHONAN

PENERANGAN

1.

Permohonan Perihal Tanah

  1. Permohonan perihal tanah di bawah peruntukan Seksyen 124A, Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 – Permohonan serentak untuk pecah sempadan dan pengubahan syarat, sekatan dan kategori tanah

  2. Permohonan perihal tanah di bawah peruntukan Seksyen 204D, KTN – Permohonan penyerahan balik dan pemberimilikan semula tanah

* Urusan-urusan perihal tanah di bawah Seksyen 124, KTN bagi permohonan pengubahan syarat, sekatan dan kategori tanah, Seksyen 135 KTN bagi permohonan pecah sempadan dan Seksyen 146 KTN bagi permohonan penyatuan tanah masih boleh dikemukakan mengikut amalan semasa.

2.

Permohonan Kebenaran Merancang

Pemajuan yang perlu mendapatkan kelulusan kebenaran merancang menurut Kaedah-kaedah Pengawalan Perancangan (Am) 2008 Negeri Johor adalah seperti berikut:

  1. Untuk mendirikan / membina / menjalankan di atas tanah suatu bangunan / bangunan-bangunan / kerja-kerja;

  2. Untuk membuat perubahan yang matan dalam penggunaan tanah mengikut pelan susunatur ;

  3. Untuk membuat perubahan yang matan dalam penggunaan bangunan / bangunan-bangunan ;

  4. Untuk menjalankan tambahan ke atas sesuatu bangunan;

  5. Untuk menjalankan pemajuan kejuruteraan / perlombongan / perindustrian; dan

  6. Membuat pindaan kepada kebenaran merancang.

3.

Permohonan Pelan Bangunan Permohonan di bawah Seksyen 70, Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974  (Akta 133).

4.

Permohonan Pelan Kerja Tanah dan Pelan Jalan dan Parit Permohonan di bawah Seksyen 70A, Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974(Akta 133).