MENU
 

MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

    JAWATAN KOSONG

 

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan bertaraf Pekerja Sambilan Harian (PSH) di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan keutamaan kepada Anak Negeri Selangor.

KELAYAKAN :        

1.         Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan  yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

DESKRIPSI TUGAS :

1.         Bahagian Landskap

  Kerja-kerja semaian pokok bunga dan penyelenggaraan di tapak semaian di

  Kg. Pandan dan AU5 Lembah Keramat.

 

2.         Bahagian Belia dan Masyarakat

  Kerja-kerja menyelenggara dan menggali kubur di Tanah Perkuburan

  kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

 

3.         Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

  Kerja-kerja pembersihan longkang besar, rumah terbiar dan tanah kosong,

  pemantauan kutipan sampah domestik, Program Majlis, Kitar Semula dan

  Pembersihan Depoh Trafik MPAJ.

 

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang MPAJ/PSH (Percuma) yang boleh didapati dari Kaunter Khidmat Pelanggan atau muat turun borang melalui laman web Majlis Perbandaran Ampang Jaya iaitu www.mpaj.gov.my

2. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan:

 

 

  • Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
  • Salinan Sijil-sijil Persekolahan;
  • Salinan Kelulusan Akademik
  • Salinan Sijil Ko-Kurikulum/Penghargaan; dan
  • 2 keping gambar ukuran passport (warna).

PENTING

  • Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi akan ditolak.
  • Hanya calon yang ditapis sahaja akan dipanggil temuduga.
  • Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  • Sebarang tuntutan perbelanjaan adalah tanggungjawab pemohon sendiri.
  • Sebarang pertanyaan atau kesulitan sila hubungi talian 03-4285 7040/7037
  • Semua permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :-

YANG DIPERTUA

MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN ARAS 4

MENARA MPAJ

JALAN PANDAN UTAMA

PANDAN INDAH

55100 KUALA LUMPUR

(U.P: BAH. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

 

TARIKH IKLAN :  1 OKTOBER 2019 (SELASA)

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN :  7 OKTOBER 2019 (ISNIN)

 

KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA ANAK NEGERI SELANGOR