MENU

NOTIS PEMBERITAHUAN LESEN UNDANG-UNDANG KECIL

(MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA) 2007

Adalah dimaklumkan bahawa lesen perniagaan MPAJ tahun 2018 tuan/puan akan tamat pada 31 Disember 2018.

2.            Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah memperbaharui lesen perniagaan MPAJ tahun 2019 sebelum 31 Disember 2018 bagi mematuhi UUK 3, Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Perbandaran Ampang Jaya) 2007.

3.            Pembaharuan lesen boleh dibuat di kaunter Tingkat 4, Menara MPAJ, Majlis Perbandaran Ampang Jaya setiap hari bekerja (termasuk hari Sabtu minggu pertama dan minggu ketiga setiap bulan) bermula 1 Oktober 2018 atau secara atas talian melalui Sistem Icomm dengan melayari icomm.mpaj.gov.my

4.            Majlis juga membuka Kaunter Luar di Kompleks Membeli Belah dan di TLK (Tempat Letak Kereta) terpilih bagi melancarkan proses pembaharuan lessen. Jadual Pembaharuan Lesen Kaunter Luar adalah seperti berikut :

 

TARIKH

 

LOKASI

 

MASA

1-6 Oktober 2018

 

TEMPAT LETAK KERETA, JALAN BUKIT INDAH 4, TMN. BUKIT INDAH, AMPANG

(BERHAMPIRAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT AL-WAHIDAH)

 

 

 

 

 

 

 

 

    10.00 pg - 4.00 ptg

(Hari Bekerja Termasuk Sabtu Minggu Pertama dan Ketiga Setiap Bulan)

 

 

 

 

 

 

 

8-12 Oktober 2018

SPECTRUM SHOPPING COMPLEX, BANDAR BARU AMPANG

15-20 Oktober 2018

TEMPAT LETAK KERETA, JALAN PERDANA 4/5, PANDAN PERDANA (BERHADAPAN FARMASI GUARDIAN)

22 - 26 Oktober 2018

AMPANG POINT SHOPPING COMPLEX, JLN. MAMANDA 3, TMN DATO’ AHMAD RAZALI

29 Oktober- 3 Nov.2018

LORONG MAMANDA 2, AMPANG POINT (TEMPAT LETAK KERETA BERHADAPAN HABIB JEWELS)    

5-7 November 2018

AEON BIG AMPANG, TMN. DAGANG PERMAI

8 - 13 November 2018

TESCO STORE, DATARAN PANDAN PRIMA, AMPANG

14- 17 November 2018

 

TEMPAT LETAK KERETA JALAN AU 1A/4D, TAMAN KERAMAT PERMAI (BERHADAPAN MEDAN SELERA AU1, TMN. KERAMAT PERMAI)

19-23 November 2018

TEMPAT LETAK KERETA, JLN. MAWAR 15, TMN. MASTIKA, KG. CHERAS BARU (BERHADAPAN 99 SPEEDMART, JALAN KUARI)

26-28 November 2018

AXIS ATRIUM SHOPPING MALL

29 November -4 Disember 2018

TEMPAT LETAK KERETA, JALAN NEGARA, TAMAN MELAWATI  (BERHADAPAN BAZAR TMN. MELAWATI)

5-7 Disember 2018

GALAXY AMPANG SHOPPING COMPLEX, TMN. DAGANG

10-15 Disember 2018

DEWAN MPAJ CHERAS HARTAMAS, JLN. CHERAS HARTAMAS, BAYU MAS, BATU 9 CHERAS

17-19 Disember 2018

PARAGON POINT SHOPPING COMPLEX, TMN MUDA

20-24 Disember 2018

MELAWATI MALL SHOPPING COMPLEX, TMN. MELAWATI

26-31 Disember 2018

GIANT HYPERMARKET, HULU KELANG     

 * Tertakluk kepada perubahan dan tidak termasuk cuti umum.

 

MAKLUMAT PENTING

 5.  Tindakan penguatkuasaan dengan kompaun maksimum RM1,000 atau sitaan akan dikenakan ke atas    tuan/puan jika  GAGAL     memperbaharui lesen sebelum atau pada 31 Disember 2018.

N Notis ini dicetak oleh komputer dan tidak perlu ditandatangani.

 Pihak Berkuasa Melesen, Majlis Perbandaran Ampang Jaya

  • Semua pembaharuan lesen perniagaan hendaklah dibuat secara atas talian iaitu melalui sistem Icomm, MPAJ dengan melayari laman web icomm.mpaj.gov.my
  • Bagi lesen-lesen berisiko tinggi iaitu Pusat Hiburan, Pusat Siber dan KafeSiber, Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan (Urut Badan termasuk Refleksologi, Akupuntur, Bekam, Tabib Cina, Urut Orang Kurang Upaya, Urutan Moden Menggunakan Sebarang Alat, Fisioterapi dan Aromaterapi), Barang Lusuh (Besi Buruk) dan Billboard pemohon perlu mengemukakan permohonan baru untuk memperbaharui lesen perniagaan dan tidak dibenarkan memperbaharui lesen secara serta-merta. Bagi lesen-lesen di bawah pemutihan, perlu dibuat semakan terlebih dahulu dengan menukar syarat tanah sebelum pembaharuan lesen dibuat.
  • Bagi aktiviti perniagaantaska/tadika/pusat jagaan kanak-kanak sila kemukakan bersama salinan sijil kursus penyakit berjangkit yang dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah semasa pembaharuan lesen
  • Sila bawa bersama lesen premis perniagaan tahun 2018 semasa memperbaharui lesen 2019.
  • Pemilik premis perniagaan tidak dibenarkan membekalkan beg plastik pakai buang secara percuma kepada pengguna. Bayaran hendaklah dikenakan bagi setiap beg plastik yang dibekalkan kepada pengguna. Penggunaan bekas makanan dan peralatan daripada polisterina hendaklah diberhentikan sepenuhnya. Pihak Berkuasa Melesen berhak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas mana-mana pemegang lesen yang enggan/gagal mematuhi arahan ini.
  • Pemilk taska/tadika, pasaraya serta Pusat Hiburan Keluarga (Indoor Playground) dikehendaki meletakkan ‘hand sanitizer’ di premis perniagaan masing-masing sebagai langkah pencegahan penularan wabak HFMD.