MENU

SINOPSIS

Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) merupakan suatu Akta yang digubal oleh Parlimen menurut Fasal (4) Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan mengenai segala peruntukan dan undang-undang yang berhubungan dengan jalan, parit dan bangunan di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di Semenanjung Malaysia dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.

Secara keseluruhannya Akta ini dibahagikan kepada 8 bahagian besar yang merangkumi peruntukan mengenai jalan, parit, bangunan, lorong belakang, pelbagai, undang-undang kecil dan peruntukan pemansuhan dan peralihan yang meibatkan sejumlah seratus tiga puluh lima (135) seksyen di dalamnya.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya menggunapakai dan menguatkuasakan Akta ini sebagai salah satu sumber undang-undang di dalam menentukan kesalahan berkaitan yang dilakukan di dalam kawasan pentadbirannya. Berikut adalah di antara penerangan secara umum mengenai peruntukan yang sering digunapakai oleh Majis Perbandaran Ampang Jaya:

SEKSYEN DAN PERUNTUKAN

  • Seksyen
: 4(3) (penalti)
Peruntukan
:

Mana-mana orang yang memindahkan, mencacatkan, atau merosakkan mana-mana batu sempadan atau tanda yang didirikan mengikut Akta ini

Denda
:

Denda tidak melebihi lima ratus ringgit

     
     
  • Seksyen
: 9(7)
Peruntukan
:

Mana-mana orang yang

   
  1. membina sesuatu jalan tanpa mengikut pelan yang diluluskan
  2. menanam apa-apa pagar tumbuhan dengan cara supaya mana-mana bahagiannya adalah mengikut mana-mana arah kurang daripada 20 kaki daripada tengah jalan kereta yang bukan jalan awam atau kurang daripada 40 kaki daripada sisi seberang jalan yang dicadang untuk digunakan sebagai cara akses kepada 2 buah rumah
  3. membina apa-apa pembentung atau jambatan atas garis parit jalan baharu
Denda
: Denda tidak melebihi lima ratus ringgit dan sesuatu Mahakamah Majisret atas permohonan PBT membuat suatu perintah mandatori terhadap pesalah
     
     
  • Seksyen
: 29(3)
Peruntukan
:

Membinasa, meruntuh, mencacat, menutup, menukar ataumenyembunyikan mana-mana tulisan atas nama sesuatu jalan yang telah diberi dan dipasang dengan sah di sisi undang-undang oleh majlis.

Denda
: Denda tidak melebihi lima ratus ringgit
     
     
  • Seksyen
: 30(2)
Peruntukan
:

Mengubah, merosak, menutup atau menyembunyikan mana-mana pelit pili bomba.

Denda
:

Denda tidak melebihi lima ratus ringgit