MENU
  • Seksyen
: 46
Peruntukan
:
  1. membina, menegakkan, mendirikan atau menyelenggara atau membenarkan dibina sesuatu tembok, pagar, susur, tiang atau apa-apa himpunan sesuatu benda atau lain-lain halangan di tempat awam.

  2. Menutup atau menghalang sesuatu parit terbuka, betung atau akuadak di sisi mana-mana jalan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa tempatan.

  3. Meletakkan atau menyebabkan diletak apa-apa barang atau bungkusan atau barangan tred di mana-mana tempat awam melebihi tempoh masa yang perlu untuk tujuan pemunggahan.

  4. Meletakkan atau menyebab diletakkan apa-apa barang atau benda yang digunakan untuk atau berhubung dengan perniagaannya di mana-mana tempat awam.

  5. Menyebab atau meletakkan kayu, besi, kereta buruk atau apa-apa bahagiannya, bahan-bahan buangan atau lain-lain benda di mana-mana tempat awam.
  6. Meletakkan atau menyebabkan diletak sampah kebun, sampah dapur atau sampah tred atau benda lain di tempat awam

  7. Menyebabkan atau membenarkan mana-mana kereta berhenti di mana-mana siar kaki.

     
     
  • Seksyen
: 47(2)
Peruntukan
:
  1. Meletakkan, menjatuhkan, meninggalkan, menempatkan di atas mana-mana tempat awam apa-apa batu, simen, tanah, pasir, kayu atau lain-lain bahan, barang atau benda bangunan.

  2. Tidak mengambil langkah berjaga-jaga yang sepatutnya
    untuk mencegah bahaya kepada nyawa atau kesihatan orang yang menggunakan sesuatu tempat atau jalan awam ketika menjalankan kerja-kerja membina, mengubah atau meruntuh sesuatu bangunan.

Denda
: Denda tidak melebihi satu ribu ringgit dan mengenai sabitan kali kedua atau kali kemudian didenda 2 ribu ringgit.
     
     
  • Seksyen
: 56
Peruntukan
:

Tiada satu paip air yang digunakan untuk mengalirkan air hujan dari mana-mana bumbung boleh digunakan bagi maksud mengalirkan kotoran atau saliran daripada mana-mana tandas atau jamban pam untuk mengalirkan air kotor

Denda
:

Denda tidak melebihi lima ratus ringgit dan boleh didenda tambahan tidak lebih satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas sabitan.

     
     
  • Seksyen
: 70(1)
Peruntukan
:

Mendirikan bangunan tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan.

 
 

 

     
  • Seksyen
: 70(11)
Peruntukan
:

Membuat perubahan kepada mana-mana bangunan dengan apa-apa cara yang lain daripada yang diperuntukkan di dalam undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada majlis.

Denda
:

Denda tidak melebihi satu ribu ringgit dan Mahkamah Majistret hendaklah atas permohonan pihak berkuasa tempatan mengeluarkan perintah mandatori untuk mengubah bangunan itu dengan apa cara pun atau meruntuhkannya.

     
     
  • Seksyen
: 70(12)
Peruntukan
:

Menggunakan sesuatu bangunan atau bahagian sesuatu bangunan lain daripada maksud yang baginya ia telah dibina pada asalnya tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihsk berkuasa tempatan.

Denda
:

Denda tidak melebihi satu ribu ringgit dan boleh didenda tambahan tidak lebih satu ratus ringgit bagi tiap-tiap hari keselahan itudimasukkan.

     
     
  •  

Seksyen

: 70(13)
Peruntukan
:

Mana-mana orang yang :

 
 
  1. Memulakan atau memulakan semula pendirian sesuatu bangunan dengan melanggar subseksyen(9).

  2. Memulakan pendirian sesuatu bangunan dengan melanggar suseksyen (9A)

  3. melencong daripada pelan yang diluluskan pihak berkuasa tempatan

  4. mendirikan bangunan bersalahan dengan Akta ini dan undang-undang kecil.

  5. Tidak mematuhi suatu perintah atau arahan bertulis yang sah di sisi undang-undang daripada pihak berkuasa tempatan

     
Denda
:

Denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan boleh didenda tambahan sebanyak dua ratus lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari keselahan itu dilakukan selepas sabitan.