MENU

SINOPSIS

Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) merupakan suatu Akta yang digubal oleh Parlimen menurut Fasal (4) Perkara 76, Perlembagaan Persekutuan mengenai segala peruntukan dan undang-undang berkenaan dengan penyusunan semula dan menyatukan undang-undang berhubungan dengan kerajaan tempatan.

Secara keseluruhannya Akta ini terbahagi kepada lima belas (15) bahagian besar yang merangkumi peruntukan mengenai tafsiran pentadbiran pihak berkuasa tempatan, pekerja pihak berkuasa tempatan, penjalanan urusan, kacau ganggu, akaun dan audit, peruntukan am kewangan, kacau, kebersihan, pasar, krematorium dan sebagainya yang meliputi sebanyak seratus enam puluh enam (166) seksyen di dalamnya.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya menggunapakai dan menguatkuasakan Akta ini sebagai salah satu sumber undang-undang di dalam menentukan kesalahan yang dilakukan di dalam kawasan pentadbirannya.