MENU

SINOPSIS

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) merupakan suatu Akta yang digubal oleh Parlimen menurut Fasal (1) Perkara 74, Fasal (4) Perkara 76 dan Fasal (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi pengawalan dan pengawalseliaan yang sepatutnya mengenai perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia dan bagi maksud yang berkenaan dan bersampingan dengannya.

Secara keseluruhannya, Akta ini dibahagikan kepada sembilann (9) bahagian yang merangkumi peruntukan mengenai dasar dan pentadbiran, , rancangan pemajuan, kawalan perancangan, caj pemajuan, perintah pemeliharaan pokok, Lembaga Rayuan, notis pembelian dan pengambilan tanah, kawasan pemajuan serta peruntukan pelbagai yang melibatkan sebanyak lima puluh sembilan (59) seksyen di dalamnya.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya menggunapakai dan menguatkuasakan Akta ini sebagai salah satu sumber undang-undang di dalam menentukan kesalahan berkaitan yang dilakukan di dalam kawasan pentadbirannya.

SEKSYEN DAN PERUNTUKAN

  • Seksyen
: 12(1)
Peruntukan
:

pihak berkuasa perancang tempatan, semasa suatu draf rancangan struktur disediakan atau sebelum pihak berkuasa Negeri memberikan persetujuan mengenai draf rancangan struktur yang disediakan, jika difikirkan wajar menyediakan suatu draf rancangan tempatan bagi mana-mana bahagian kawasannya.

     
     
  • Seksyen
: 18(1)
Peruntukan
:

Tiada seorang pun boleh menggunakan tanah atau bangunan melainkan menurut rancangan tempatan

     
     
  • Seksyen
: 19(1)
Peruntukan
:

Tiada seorang pun selain pihak berkuasa tempatan boleh memulakan, mengusahakan, atau menjalankan apa-apa pemajuan kecuali jika kebenaran merancang telah diberikan kepadanya.

     
     
  • Seksyen
: 20
Peruntukan
:

Tiada seorang pun boleh memulakan, mengusahakan, atau menjalankan apa-apa pemajuan selain menurut kebenaran merancang yang diberikan kepadanya.