MENU
  1. Setiap pemohon perlu mengisi borang permohonan gerai bazar, pasar dan Kompleks Muhibah yang boleh diperolehi di aras 12 Jab. Penilaian & Pengurusan Harta dengan membawa 1 salinan kad pengenalan dan sekeping gambar berukuran passport.
     
  2. Borang permohonan akan diproses dan panggilan temuduga akan diadakan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat kekosongan unit gerai.
     
  3. Bagi permohonan yang berjaya, surat tawaran akan dikeluarkan beserta dengan syarat-syarat kemasukan penyewaan.
     
  4. Pemohon hendaklah mengembalikan Borang Akuan Terima dan menjelaskan bayaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran dikeluarkan.
     
  5. Kegagalan mengembalikan borang akuan terima dan menjelaskan bayaran akan menyebabkan surat tawaran terbatal dan tawaran baru akan dikeluarkan kepada pemohon kedua yang berjaya.