MENU

1) Sila bawa bersama Sijil ASAL serta satu (1) salinan CIDB, SPKK, PKK, SSM dan UPEN yang masih sah.

2) Kontraktor diwajibkan menghadiri taklimat. Hanya PEMILIK / PENAMA di dalam Sijil CIDB sahaja yang dibenarkan untuk menghadiri taklimat ini. Wakil syarikat TIDAK dibenarkan.

3) Surat Kelulusan Kebenaran Khas oleh CIDB adalah TIDAK DIBENARKAN untuk menyertai tender ini.

4) Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan mulai 25 September 2019 di Aras 16, Bahagian Ukur Bahan, Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada hari bekerja. (8.00 pagi - 1.00 tengah hari, 2.00 petang - 4.45 petang hari Isnin - Khamis & 8.00 pagi - 12.15 tengah hari, 2.45 petang - 4.45 petang Jumaat sahaja)

5) Dokumen tender wajib DIBUKUKAN / DIDOKUMENTASIKAN dengan sempurna dan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL YANG DIGAM ATAU BERPELEKAT

6) Petender perlu mempunyai email rasmi syarikat dan berdaftar dengan sistem ICOMM bagi menyertai sebut harga MPAJ. Dokumen sebut harga tersebut akan di jual sepenuhnya di atas talian di dalam laman web https://icomm.mpaj.gov.my serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.

7) Petender yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya.

8) Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-4285 7444 dan 03-4285 7356.

9) Petender di GALAKKAN membawa CAP SYARIKAT semasa menghadiri taklimat.

Tender Ref: 
MPAJ 08/01/04-035/2019
Tender Closing Date: 
Selasa, 15 Oktober 2019