MENU

Latar Belakang Bahagian Urus Setia Khidmat Setempat Pembangunan (OSC)

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Mac 2007 telah bersetuju supaya penubuhan Pusat Setempat di PBT adalah merupakan salah satu daripada inisiatif yang telah diputuskan dalam Persidangan Mempertingkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan yang dilancarkan oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 13 April 2007.

Dengan penubuhan Pusat Setempat ini, norma masa memproses permohonan dapat dipendekkan.  Selain itu, kes-kes pertindihan ulasan teknikal semasa memproses permohonan kebenaran merancang, permohonan pelan bangunan dan permohonan untuk mendapatkan kelulusan pembangunan tanah dapat dielakkan

 

MATLAMAT PENUBUHAN

Untuk mengurangkan karenah birokrasi dalam prosedur dan proses cadangan pemajuan sekaligus meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan di Pihak Berkuasa Tempatan.

 

OBJEKTIF

  1. Menyelaras dan memudah cara proses kelulusan permohonan pembangunan tanah, permohonan    kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah, pelan jalan dan parit dan pelan-pelan lain yang berkaitan dengan cadangan pemajuan;

  2. Memendekkan norma masa dan mempercepatkan proses permohonan cadangan pemajuan dibawah konsep Bina Kemudian Jual (BKJ) dalam tempoh empat (4) bulan dan dibawah konsep Jual Kemudian Bina (JKB) dalam tempoh enam (6) bulan; dan

  3. Menyeragamkan prosedur dan proses cadangan pemajuan dengan mengambilkira peruntukan-peruntukan dibawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 56), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).