MENU

PERANAN BAHAGIAN URUS SETIA KHIDMAT SETEMPAT PEMBANGUNAN (OSC)

Bagi tujuan meningkatkan sistem penyampaian prosedur dan proses permohonan cadangan pemajuan, semua permohonan akan diterima melalui Pusat Setempat.

Peranan Pusat Setempat ialah :-

  1. Menyelaras dan memantau permohonan cadangan pemajuan dan permohonan-permohonan lain yang diterima oleh Pusat Setempat;

  2. Memaklumkan keputusan kelulusan permohonan cadangan pemajuan kepada pemohon;

  3. Membuat perakuan permohonan pembangunan tanah kepada Pejabat Tanah; dan

  4. Menyediakan pelaporan berkala.