MENU

TUGAS-TUGAS BAHAGIAN URUSETIA KHIDMAT SETEMPAT (OSC)

  1. Menerima permohonan pembangunan tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan-pelan lain yang berkaitan daripada pemohon;

  2. Membuat edaran permohonan cadangan pemajuan kepada jabatan-jabatan yang berkenaan untuk diproses dan jabatan / agensi teknikal yang berkenaan untuk ulasan dan pandangan;

  3. Memantau permohonan-permohonan yang telah diedarkan kepada jabatan / agensi teknikal;

  4. Memaklumkan kepada Jawatankuasa Pusat Setempat mengenai permohonan yang telah diterima;

  5. Mendapatkan maklumbalas lanjut daripada agensi teknikal sekiranya terdapat isu dan masalah;

  6. Mengumpul dan menyelaras kertas perakuan yang disediakan oleh Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Bangunan dan Senibina, Jabatan Kejuruteraan beserta pelan pra-hitungan untuk diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat;

  7. Mengeluarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat terhadap kelulusan kebenaran merancang dan pelan pra-perhitungan kepada Pentadbir Tanah bagi permohonan pembangunan tanah dibawah Seksyen 124A dan 204D Kanun Tanah Negara;

  8. Bertindak sebagai urus setia mesyuarat yang menetapkan tarikh dan memastikan mesyuarat diadakan dua kali sebulan dan menyediakan minit mesyuarat dan maklumbalas untuk edaran;

  9. Mengumpul kertas keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat untuk dimaklumkan ke Mesyuarat Majlis Penuh PBT; dan

  10. Mengedarkan keputusan rasmi kepada pemohon, pembantah dan jabatan / agensi teknikal.

 

FUNGSI JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC)

  1. Menimbang dan membuat keputusan terhadap permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan-pelan lain yang berkaitan;

  2. Membuat perakuan dan memaklumkan keputusan ke atas permohonan perihal tanah berhubung cadangan pemajuan dibawah peruntukan Kanun Tanah Negara; dan

  3. Menimbang dan membuat keputusan terhadap permohonan-permohonan lain yang diletakkan dibawah tanggungjawab Pusat Setempat.