MENU
  • Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta
     
    1. Apa Itu Cukai Taksiran?
       
      • Merujuk Sek 2 - Akta Kerajaan Tempatan 1976 Cukai Taksiran atau yang dikenali Cukai Pintu/Assesment Rate merupakan cukai yang dikenakan ke atas harta yang berada dalam kawasan majlis termasuk.
         
        1. Bangunan Kediaman
        2. Bangunan Perniagaan/Komersil
        3. Bangunan Industri
        4. Lot Tanah yang dikeluarkan hakmilik/geran

     

    1. Bagaimana cara Taksiran ditentukan?
       
      • Cukai Taksiran ditentukan berdasarkan formula

        Nilai Tahunan x Kadar (%) = Cukai Taksiran Contoh : Nilai Tahunan RM 4,800.00 (Kediaman) Kadar 5.5% Cukai Taksiran RM 264.00 (Setahun)

    1. Apa yang dimaksudkan dengan Nilai Tahunan?
       
      • Nilai Tahunan adalah anggaran kasar sewa setahun yang diperoleh oleh sesebuah harta jika ianya disewakan.

        Contoh : Sewa RM 400.00 Setahun 12 Bulan Nilai Tahunan RM 4,800.00

    1. Apakah yang dimaksudkan dengan kadar?
       
      • Kadar merupakan peratusan sebahagian dari Nilai Tahunan yang ditetapkan Oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi Menentukan cukai yang perlu dibayar. Kadar yang telah ditetapkan bagi penentuan Cukai Taksiran Pegangan di MPAJ adalah seperti di bawah :

        Kediaman 5.5% Perniagaan/Komersial 6.6% Industri 7.15% Kampung (Rezab Melayu) 1.1% Tanah Pertanian 1.1%

    1. Mengapa Cukai Taksiran dikenakan?
       
      • Cukai taksiran merupakan hasil cukai bagi sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang digunakan bagi pelbagai perkhidmatan merangkumi :

        - Penyelenggaraan infrastruktur (longkang,jalanraya,lampujalan - Membayar bil TNB (lampu jalan awam) - Pembersihan jalan & kawasan lapang

    1. Adakah pengecualian cukai taksiran boleh dipertimbangkan?
       
      • Berdasarkan Seksyen 134, Akta Kerajaan Tempatan 1976 memperuntukkan Cukai Taksiran Boleh dipertimbangkan pengecualian apabila sesuatu pegangan atau mana-mana bahagian digunakan semata-mata :

        - sebagai tempat awam untuk sembahyang - sebagai tanah perkuburan atau krematorium awam yang berlesen - bagi sekolah awam - sebagi tempat awam bagi maksud khairat atau bagi maksud sains, sastera atau seni halus.

    1. Apakah Notis Kenyataan Senarai Nilaian ?
       
      • Merupakan notis yang dikeluarkan sekurang-kurangnya 30hari sebelum tarikh cukai dikuatkuasa bagi memaklumkan Nilai tahunan bagi sesebuah harta terlibat dengan pindaan baru ditentukan dan akan dikuatkuasakan.

     

    1. Apakah peranan pemilik selepas menerima notis tersebut?
       
      • Bagi pemilik yang tidak berpuashati boleh mengemukakan bantahan secara bertulis kepada PBT dalam tempoh yang ditetapkan dan setiap bantahan yang layak akan didengari sendiri oleh PBT melalui Mesyuarat Jawatan kuasa Mendengar Bantahan.

     

    1. Bila keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Mendengar Bantahan Cukai Taksiran diperolehi oleh pemilik?
       
      • Keputusan Mesyuarat akan dikeluarkan selewat-lewatnya 2 bulan selepas mesyuarat mendengar bantahan cukai taksiran bersidang secara bertulis dan pemilik diminta untuk menjelaskan terlebih dahulu cukai yang dikenakan sebelum sebarang pelarasan dilakukan tertakluk kepada keputusan mesyuarat yang dikeluarkan.

     

    1. Bolehkah pemilik mengemukakan rayuan ke atas keputusan yang telah diputuskan dan bagaimana ?
       
      • Bagi pemilik yang masih belum berpuashati boleh mengemukakan usul permulaan ke mahkamah tinggi dalam tempoh 14hari selepas penerimaan keputusan tersebut.Keputusan peringkat mahkamah persekutuan merupakan keputusan terakhir dan iannya adalah muktamad.