MENU
    1. SEWA GERAI

      1. Apakah prosedur bagi permohonan sewaan gerai Majlis?
        Pemohon perlu mendapatkan Borang Permohonan Gerai / Bazar/ Medan Selera/ Kompleks Muhibbah di Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta,Aras 12 Menara MPAJ. Pemohon perlu membawa bersama salinan k/pengenalan dan sekeping gambar ukuran pasport. Pihak Majlis akan mengadakan temuduga berdasarkan permohonan dan kekosongan gerai majlis.
      2. Berapakah sewa sebulan bagi penyewaan gerai majlis?
        Sila Rujuk Buku Panduan Pemohonan Medan Selera/ Bazar/ Pasar/ Kompleks Muhibbah/ IKS Milik MPAJ Di Jabatan Penilaian & Pengurusan HartaAras 12, Menara MPAJ.
      3. Bagaimanakah untuk saya mengetahui sama ada saya berjaya dalam temuduga sewa gerai tersebut?
        Pihak Majlis akan memaklumkan keputusan temuduga tersebut dalam tempoh 14 hari bekerja selapas tarikh temuduga melalui telefon bersama surat tawaran yang akan dikeluarkan.

     

     

    • Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan
       
      1. Bagaimana cara mendapatkan lesen memelihara anjing
         
        • Datang Ke Jabatan perkhidmatan perbandaran dan kesihatan untuk mengisi borang dan memohon lesen memelihara anjing

       

      1. Berapakah kadar bayaran lesen anjing?
         
        • RM 15 seekor
      2. Bolehkah saya mendapatkan suntikan Ty2 di klinik luar?
         
        • Boleh. Kemukakan bukti suntikan kepada Majlis sebelum memulakan perniagaan.