MENU
  • Jabatan Belia Dan Masyarakat
     
    1. Apakah fungsi JKP di MPAJ?
       
      • Mewujudkan hubungan dua hala dan persefahaman yang jitu antara pihak Majlis dan penduduk dengan menyalurkan maklumat, aduan, permintaan, masalah dan kehendak penduduk kepada Majlis melalui JKP.
      • Menjadi badan pengantaraan yang dapat menyalurkan maklumat yang terperinci dan tepat tentang peraturan dan perkhidmatan Majlis kepada penduduk.
      • Merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan penduduk disamping menggalakkan penyertaan penduduk di dalam aktiviti dan program yang dianjurkan oleh Majlis.

     

    1. Apakah Program-program yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Masyarakat?
      • Merancang, menyelaras, dan melaksanakan program – program berkaitan belia, sukan, kebudayaan dan kemasyarakatan.
      • Antara Program yang dilaksanakan adalah seperti berikut:
      • Sukan JKP dan pelbagai pertandingan sukan.
      • Program Rekreasi.
      • Bengkel tarian/ teater/ persembahan kebudayaan.
      • Sambutan pelbagai perayaan (Hari Raya Aidilfitri/ Deepavali/ Hari Wanita/ Hari Belia/ Hari OKUdan Sebagainya.
      • Mengadakan Kelas/ Bengkel Kemahiran seperti jahitan/ masakan/ kraftangan.
      • Mengadakan aktiviti bersama penduduk seperti kebun Komuniti/ Pertandingan lanskap/ Pertandingan kejiranan terbaik dan gotong royong

     

    1. Bagaimana caranya sesuatu tender itu dikeluarkan dan tender itu diumumkan (calon yang mendapat tender tersebut)?

      Sesuatu tender itu dikeluarkan melalui ruangan iklan yang disiarkan dalam akhbar tempatan dan laman web Majlis dan laman web UPEN seterusnya calon yang berjaya akan diberi surat tawaran

    1. Adakah Majlis ini menyediakan perkhidmatan pemotongan dan pembersihan pokok yang telah ditebang?

      Ya. Jabatan Taman dan Rekreasi ada menyediakan perkhidmatan memotong dan membersihkan pokok tetapi hanya pokok yang ditanam oleh pihak Majlis terutama bagi pokok tumbang dan membahayakan keselamatan penduduk di kawasan pentadbiran MPAJ.Walau bagaimanapun pokok persendirian seperti pokok buah-buahan dan pokok hiasan yang ditanam oleh penduduk hendaklah diselenggara oleh penduduk sendiri.