MENU
  • Jabatan Bangunan dan Senibina
     
    1. Bagaimana cara jika ingin membuat pengubahsuaian rumah?
       
      1. Pemilik rumah perlu melantik Arkitek/ Pelukis Pelan Berdaftar dan Jurutera Struktur ( bagi bangunan melebihi satu tingkat dan kerja-kerja melibatkan struktur konkrit tetulang ) untuk pengemukaan pelan bangunan dan pelan struktur. Pastikan melantik Pelukis Pelan Bangunan yang telah berdaftar dengan lembaga Arkitek Malaysia (LAM) dan MPAJ.
      2. Mendapatkan Borang Permohonan kelulusan Tambahan dan Ubahsuai Rumah Kediaman di kaunter Jabatan Bangunan dan Senibina di Tingkat 10 , MPAJ, sebelum pengemukaan pelan bangunan dan struktur.
      3. Mengemukakan pelan permohonan tambahan dan ubahsuai atau melalui Buku Panduan tambahan dan Ubahsuai untuk kelulusan berserta dengan dokumen yang berkaitan (rujuk keperluan am di Borang Permohonan Kelulusan Tambahan dan Ubahsuai)  dan pastikan setiap helaian pelan ditandatangani oleh Arkitek/ Pelukis Pelan Berdaftar dan juga pemilik.
      4. Menjelaskan bayaran proses pelan dan fi peralatan kebersihan serta menjelaskan bayaran permit meletakkan bahan binaan di tempat awam.
      5. Menjelaskan bayaran tong sampah (RORO) dan pastikan menggunakan tong sampah ( RORO ) yang dihantar oleh Majlis.

     

    1. Bagaimana cara jika ingin membuat pengubahsuaian rumah?                                                         a. Menjelaskan bayaran cagaran pelan (deposit) tambahan dan ubahsuai rumah.                         b. Setelah permohonan pelan tambahan dan ubahsuai telah diluluskan, pihak Arkitek/                   Pelukis Pelan Bangunan Berdaftar perlu mengemukakan Borang B, 4 hari sebelum kerja-           kerja pengubahsuaian dijalankan di tapak.                                                                           c. Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan keperluan teknikal, boleh hubungi Jabatan                     Bangunan & Senibina di talian 03-42968009/03-42968167/03-42968169.                           d. Atau boleh layari laman sesawang MPAJ dan muat trun borang permohonan kelulusan               tambahan dan ubahsuai bangunan MPAJ.
    2. Bagaimana cara untuk mengajukan / mengusul atau menghantar (submit) permohonan baru untuk kelulusan pelan bangunan?
       
      1. Pemohon perlu melantik Arkitek / Pelukis Pelan Bangunan Berdaftar dan Jurutera Struktur untuk pengemukaan pelan bangunan baru dan pelan struktur. Pastikan melantik Pelukis Pelan Bangunan yang telah berdaftar dengan Lembaga  Arkitek Malaysia ( LAM ) dan MPAJ.
      2. Mendapatkan Borang Senarai Semak Permohonan melalui OSC di kaunter Bahagian Pusat Khidmat Setempat (OSC Pembangunan), Tingkat 10, MPAJ dan Borang Senarai Semak Ulasan Bangunan Permohonan Pelan di kaunter Jabatan Bangunan dan Senibina di Tingkat 10, MPAJ, sebelum mengemukakan pelan bangunan dan pelan struktur.
      3. Mengemukakan permohonan pelan bangunan berserta surat permohonan, Borang A, Pelan Bangunan dan lain-lain dokumen yang berkenaan. Pastikan pelan-pelan yang dikemukakan telah ditandatangani oleh Arkitek, Jurutera Perunding (Pelan Struktur) dan Pemilik / Pemaju ke kaunter OSC di tingkat 10 dengan menggunakan senarai semak tersebut.
      4. Menjelaskan bil bayaran proses pelan (mengikut Jadua Pertama- Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 ) semasa pengemukaan di buat.
      5. Ulasan akan dikeluarkan kepada pemohon dalam tempoh 14 hari berkerja dari tarikh penerimaan permohonan.
      6. Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan keperluan teknikal, boleh hubungi Bahagian Pusat Khidmat Setempat (OSC Pembangunan) di talian 03-42805102
      7. Atau boleh layari laman sesawang MPAJ dan muat trun Borang-Borang yang berkaitan
    3. Bagaimana proses pengeluaran Perakuan Siap dan pematuhan (CCC)?
      1. Arkitek perlu mengemukakan Borang B, G1-G2 dan Borang F di kaunter Bahagian OSC, Tingkat 10 MPAJ.
      2. Membuat lawatan pemeriksaan tapak dan mendapatkan sokongan dari Jabatan Teknikal Dalaman ( Jabatan Perancang, Bangunan, Kejuruteraan, Bahagian Lanskap, Jabatan Perkhidmatan dan Perbandaran ) dan jabatan teknikal luaran ( IWK/JPP, TNB, JPS, JBPM-Bomba, JKR, SYABAS, TM dan JKKP-DOSH serta lain-lain agensi yang berkaitan
      3. Untuk maklumat lanjut dan Pertanyaan keperluan teknikal, boleh hubungi Bahagian Pusat Khidmat Setempat (OSC Pembangunan) di talian berikut 03-42805102.

                 5. Bagaimana cara jika ingin membuat ubahsuai dalaman rumah?

                         a. Mendapatkan borang permohonan membaiki rumah/kedai/pejabat yang sedia ada tanpa                              mengubah struktur asal di kaunter Jabatan Bangun dan Senibina di tingkat 10, MPAJ                                  b. Mengemukakan pelan lakaran berserta ukuran lantai rumah/premis berkaitan di atas                                    kertas bersaiz A4.                                                                                                                                      c. Sertakan salinan cukai taksiran terkini yang telah dijelaskan.                                                                      d. Sertakan Perjanjian Sewaan (Tenancy Agreement) /Perjanjian Jual Beli (Sale and Purchase                              Agreement) untuk ubahsuai dalaman kedai/pejabat.                                                                                  e. Atau boleh layari laman sesawang MPAJ dan muat turun Borang-Borang berkaitan.